Welcome to the Blog! (^_^)

Berjuta-juta ucapan terima kasih kepada kamu-kamu yang dah tersinggah kat blog ini mahu yang tak sengaja atau sebaliknya =p. InsyaAllah, saya ni hanya insan yang kureng lagi dalam bercerita atau ber'cerpen' la. Tapi apapun, segala cerpen yang saya buat dan nukilkan nanti akan saya letakkan di dalam sibhuscollection.blogspot.com ini ;). InsyaAllah, sekadar informasi terkini saja dari saya. Sekian, semoga berjumpa lagi dan jangan serik untuk singgah mai ke blog ini lagi naa...;)

Salam ukhwah fillah (^^,)

Tuesday, June 5, 2012

Satu Cinta [Ep. 5 Final]

Dalam perjalanan menaiki tangga masjid....
Mama : Iman, kamu ingat lagi tak nama bakal isteri kamu? (sambil berbisik ke telingaku)
Iman : InsyaAllah ma, Iman ingat. Nur Amirah Bt. Ahmed kan, ma?..
Mama : Ya Iman, bagus betul Iman ni..(mama menggosok bahuku)..

Setibanya di dalam masjid. Aku terus duduk betul-betul menghadap qadi yang akan mengakadkan pernikahanku sebentar lagi. Di sebelah belakang kiriku, dialah bakal isteriku. Nur Amirah.

Qadhi : Iman! Awak dah bersedia?
Iman : Err, ye saya dah bersedia.. (agak gementar aku)

Monday, April 23, 2012

Satu Cinta [Ep. 4]

Kipas di atas syiling berputar mengikut sistemnya. Ada tiga sayap semuanya. Di hadapanku ada seorang mama. Ya, itulah mama aku. Aku melihat mukanya dengan rasa yakin. Dia melihat mukaku dengan rasa pelik. Panggilan  aku kelmarin membuatkan mama berasa terkejut, lantas meminta aku untuk pulang berbincang dengannya dengan lebih jelas dan terus terang tentang permintaan aku yang ingin membina sebuah masjid nikah dan bukan masjid kubah!. 

Mama : Iman, mama terkejut sangat dengan permintaan Iman ni tau..(muka sedikit berkerut)

Monday, April 9, 2012

Satu Cinta [Ep. 3]

Malam yang bertatahkan bintang-bintang ini, menjadikan ia satu saat yang bahagia sekali bagi sesiapa yang menatapnya. Kita sebagai khalifah di bumi ini, walau kita berada di jarak yang berbeza, namun kita tetap menatap pada bulan dan bintang yang sama. Emel yang aku terima dari Bunga semalam, masih belum dapat membuatkan aku tidur lena lagi untuk malam ini. Ini kerana, rupanya Bunga menghantar gambarnya bersama-sama dengan rakan sekuliahnya yang lain. Walaupun dalam emel itu Bunga ada menyebut dia yang berada di bahagian yang paling tengah itu, namun wajahnya itu telah dilitupi kemas oleh satu kain purdah. Memang tak nampak muka penuh dah lah. Subhanallah! Hanya nampak matanya saja.

Sunday, April 8, 2012

Satu Cinta [Ep. 2]

You have received a new message!. Open. 'Salam 'alayk ukhti Iman, kayfa haluki? Err, kenapa semalam senyap je? Kredit habis ye? Maaflah menyusahkan Iman nak call2 sy..'. Ya, itulah mesej yang aku terima dari Bunga tadi. Dan, dalam kamus hidup aku tiada pun perkataan 'kredit habis'. Sebab apa? Sebab Baba dan Mama dah set kan talian telefon aku line punya. Senang kata mereka, cuma bayar sekaligus. Lagipun tiga orang aje. Aku adalah anak tunggal kepada Datuk Ir. Ikmal dan Datin Jasmin.

Wednesday, April 4, 2012

Satu Cinta [Ep. 1] Edisi Kemaskini




Mei 2005

Fuhh. Penatnya hari ini. Banyak pulak kelas kena attend. Plus dengan kelas ganti lagi. Allah! Kuatkan aku ya Allah!
Adham : Bro! Ape cer Bro? Serabut je aku tengok kau ni, apesal?
Iman : Haish ko ni Ad! Aku tengah goreng nasi bro! Mu nok se, dok? (sambil menunjukkan sekepal buku lima) Haaaa......Aku tengah penat ler. Yang kau tu, takde kelas ke, Bro? (aku yang muka ketat)