Welcome to the Blog! (^_^)

Berjuta-juta ucapan terima kasih kepada kamu-kamu yang dah tersinggah kat blog ini mahu yang tak sengaja atau sebaliknya =p. InsyaAllah, saya ni hanya insan yang kureng lagi dalam bercerita atau ber'cerpen' la. Tapi apapun, segala cerpen yang saya buat dan nukilkan nanti akan saya letakkan di dalam sibhuscollection.blogspot.com ini ;). InsyaAllah, sekadar informasi terkini saja dari saya. Sekian, semoga berjumpa lagi dan jangan serik untuk singgah mai ke blog ini lagi naa...;)

Salam ukhwah fillah (^^,)

Monday, April 23, 2012

Satu Cinta [Ep. 4]

Kipas di atas syiling berputar mengikut sistemnya. Ada tiga sayap semuanya. Di hadapanku ada seorang mama. Ya, itulah mama aku. Aku melihat mukanya dengan rasa yakin. Dia melihat mukaku dengan rasa pelik. Panggilan  aku kelmarin membuatkan mama berasa terkejut, lantas meminta aku untuk pulang berbincang dengannya dengan lebih jelas dan terus terang tentang permintaan aku yang ingin membina sebuah masjid nikah dan bukan masjid kubah!. 

Mama : Iman, mama terkejut sangat dengan permintaan Iman ni tau..(muka sedikit berkerut)


Iman : Maafkan Iman mama kerana terpaksa berterus terang begini.. 
Mama : Iman ingat lagi tak apa syarat baba masa Iman merayu untuk tukar masuk ke kolej Iman sekarang ni? Baba kata Iman tak boleh membuat keputusan tentang jodoh Iman dah. Sebab Baba dah ada perempuan yang sesuai untuk Iman. Kalau baba tahu tentang hal ini, mesti baba marah, Man. (muka mama yang tampak sedikit sedih)..
Iman : Iman ingat ma, sebenarnya Iman dah kenal dengan budak perempuan tu lepas tu Iman..errrr...errrr....(lidah aku terkelu)..
Mama : Ya Allah Iman! Kenapa ni nak? Apa yang Iman dah buat dekat budak tu Man? Astaghfirullah al-Azim man...(mama memegang keras dua lenganku, sepertinya berkecai hatinya mendengar kata-kataku. Mama menangis)..
Iman : Kenapa mama ni? Nak beria nangis ni, mesti banyak sangat tengok drama ni? Lepas tu Iman suka dekat budak tu lah ma, Iman jatuh hati dekat dia. Iman jumpa pun tak pernah dekat budak tu, ma. Walaupun Iman tak pernah tengok muka dia, tapi Iman jadi lembut hati bila dengar kata-kata semangat dari dia.... Mama tahu kan Iman ni dulu macam mana..
Mama : Errrr...(kesat air mata) ..ya Allah budak ni! (mama tepuk punggung aku)..

Tiba-tiba ada bunyi orang berdehem di balik dinding ruang tamu itu. Rupanya baba. Aku dan mama terdiam seribu bahasa. Aku memandang mama, mama memandang aku. Mama dah jadi macam patung dekat tugu negara tu aje aku tengok. Takut sangat mama dengan baba. Sedangkan baba tu pun manusia sama dengan dia.

Baba : Ha? Ada apa ni? Baba dengar ada yang nak kahwin dah ni.. Dah gatal sangat ke nak kahwin.. baru        sem satu..(suara dan nada yang tegas, sambil mendatangi ke arah kami berdua, lalu duduk di atas sofa, dan buat-buat ambil paper dan baca paper).

Mama : Tak adalah ba, Iman ni ha. Dia cerita kawan dia dah nak kahwin dah..(mama cuba melegakan papa dengan cerita rekaannya)..

Iman : Mama! Tak apalah ma, biar Iman berterus terang.. Baba. Iman nak terus terang dengan baba. Iman harap baba boleh dengar dulu penjelasan Iman ni, ba.. boleh, ba? (muka simpati dah ni aku buat)

Baba : Iman! Cukup lah dengan permintaan Iman yang dulu tu! Baba takkan bertolak ansur dengan Iman dah! Kalau Iman nak sangat kahwin, nak sangat nikah! Sekarang jugak baba boleh kahwinkan! Baba akan kahwinkan Iman dengan perempuan pilihan baba! Bulan depan, Iman nikah dengan anak kawan baba! Muktamad!!

Iman : Baba! Baba!!! (Baba laju je bangun dan berlalu pergi naik ke biliknya) Allah........

     Hampir terduduk aku mendengarkan arahan baba. Mama terus berlari mengejar baba. Air hangat menuruni ke pipiku. Ya Allah! Kuatkan aku untuk melembutkan hati mama dan babaku. Aku tersandar sepi di atas sofa. Aku beristighfar. Aku mengingatkan diriku, setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan selepasnya. Aku faham dengan baba. Jika katanya A, maka A lah. Jika katanya B, orang cakap C, orang itu akan dipersilakan untuk keluar dari hidupnya. Dia sangat tegas dengan setiap kata-kata yang diucapkan. Aku sebagai anaknya, aku sangat kenal dengan ketegasannya. Oh baba! Kalaulah ketegasan baba itu digunakan untuk Islam, insyaAllah Iman pasti, babalah yang akan menjadi ikon Iman untuk zaman masa ini.
         Aku rasa macam kena hempuk dengan bata yang merah tu. Memang sakit! Di tambah pula dengan kena kahwin bulan depan. Apalah aku nak buat dengan cik Bunga ni. Membiarkan ia berlalu begitu sahaja kah? Atau memberi kata putus yang aku ini seorang lelaki kah? Atau terus berpura-pura menjadi si gadis jadian bernama Iman kah? Kau orang rasa macam mana? Mmmmmm...Oh baiklah, malam ini aku istikharah ye kawan-kawan. Terima kasih atas jawapan yang terbaik itu. Sayang kau orang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hujan renyai-renyai di luar, menjadikan jiwaku sangat tenang sekali. Walau baba sangat marah kepadaku, namun dialah baba aku. Yang telah membesarkan aku. Walaupun dia tegas, namun dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadapku. Sepanjang istikharah itu, aku memohon petunjuk Allah. Aku memohon diberikan ketenangan dalam memilih siapa pasangan hidupku. Dan aku juga kuat untuk tidak melawan kata-kata babaku. Akhir sekali, setelah istikharah itu, Allah menunjukkan aku dan beri ketenangan kepadaku untuk aku memberi kata putus kepada cik Bunga dan mengaku yang aku ini lelaki. Dan seterusnya, aku akan mengahwini perempuan yang telah dipilih oleh baba.
     Balasan emel cik Bunga telah pun aku hantar. Di dalam emel itu telah aku katakan bahawa aku ini seorang lelaki bukan perempuan seperti yang disangka oleh cik Bunga. Aku memohon beribu kemaafan darinya. Mungkin sampai disini sahaja hubungan aku dan cik Bunga. Walau aku tak kenal cik Bunga, tapi aku mendoakan dia berjaya dunia dan akhiratnya. Untung sangat siapa yang beristerikan cik Bunga!
     Ketaatan aku kepada baba dan mama menjadi antara matlamat utama dalam hidup aku. Namun, Allah tetap nombor satu, insyaAllah! Siapalah bakal menjadi suri hidupku nanti? Adakah sama dengan ciri-ciri yang seperti idamkan?.
      'Tuk! Tuk! Tuk'
      "Iman?", mama di luar..
      " Mama ye? Masuklah pintu tak berkunci, ma...".
      " Mama minta maaf ye Iman tentang baba. Nampaknya, baba tu dah tak boleh di betah lagi. Mama harap Iman dapat penuhi impian baba tu, impian baba untuk kahwinkan Iman dengan anak kawan baik dia. Mama harap Iman faham ye, nak?", mama seakan merayu padaku..
     " Ye mama, Iman faham. Mama dan baba lah keutamaan Iman sekarang...Iman akan sedaya upaya penuhi...", aku memeluk mamaku. Sebak!
      'Semoga aku terus kuat menghadapi ujian ini, ya Allah! Ujian untuk menyampaikan kebenaran kepada keluargaku dan keluarga baruku nanti!'


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tiga hari selepas hari itu, aku telah menerima emel dari Bunga.

     'Waalaikumussalam, Iman. InsyaAllah. Terima kasih kerana sudi berterus terang, Iman. Barakallahufikum!.    Ilal liqo'. Wassalam.

     Itu sahaja. Mungkin dia berasa agak kecewa. Namun, aku dapat merasakan dia begitu tenang menghadapi realiti ini. Yelah, ada orang akan jadi marah sebab tak berterus terang, atau lambat berterus terang. Selagi Allah ada di hati aku, engkau atau kau orang, selagi itu mohonlah moga Allah sentiasa mengenggam hati-hati kita ini. Alamak! Tertazkirah pulak. Maaf ya!
     Lagi dua minggu lebih hari 'bahagia' aku dan dia (aku pun tak kenal siapa). Aku terus penuhi hari-hariku dengan solat sunat taubat, solat tahajjud dan juga membaca buku-buku pengisian hati dan buku-buku berkaitan dengan alam rumahtangga. Ya! Aku menjadi sangat tabah dan sabar, semoga aku terus istiqamah. Yelah! Buatnya isteri aku nanti cantik sangat, makanya menghadap ajelah mukanya dan tak dapat nak buat kerja lain. Na'uzubillah! Oleh kerana itu, aku sentiasa memohon kekuatan dari Allah untuk aku sabar dan istiqamah melakukan amal kebaikan demi akhiratku nanti! InsyaAllah!

"Ehem! Ehem!", mama 'usha' aku yang tengah berangan tadi rupanya.
"Hai mama!"
"Maaf, mama saja nak tengok-tengok anak mama buat apa..", mama tersenyum manis.
"Iman asyik terfikir aje, macam manalah rupa bakal isteri Iman tu, ma.."
"Hm, tadikan mama dah pergi rumah kawan baba tu, semua anak-anak dia perempuan tau Iman. Bila mama tanya yang mana satu anak perempuan yang nak dinikahkan tu, dia adalah tunjuk. Cantik sangat orangnya Iman. Namanya Auni Jannah kalau tak silap mama. Sedapkan namanya, Man? Sejuk mata mama tengok budak tu. Tapi mama tak tahulah Iman, sebab masa umi dia tunjuk tu, ada dua orang, seorang lagi tu seksi aje mama tengok. Apapun, Iman kena tabah dan kena pandai mengajar dan menjaga isteri Iman nanti ye. Mama percaya pada Iman. Iman kena yakin boleh! Malaysia boleh!", apabila mama menunjukkan kenakalannya.
"Ye baeklah mama." Perasaanku jadi bercampur baur, namun ku tetap menenagkan hati ini.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Segala persiapan telah siap dibuat. Hanya menanti 'detik' yang dinanti-nantikan oleh babaku itu. Mukanya girang sekali. Macam dia pulak yang nak kahwin. Maklumlah, anaknya nak dikahwinkan dengan anak kawan baiknya. Dapatlah mereka berjumpa selalu nanti. Kini, aku sedang berada di hadapan masjid, tempat aku akan dinikahkan. Di sana ada seorang wanita berpakaian pengantin yang sama warna denganku. Dan, kain purdah yang menutupi wajahnya lebih mengundang rasa tertarik aku pada wanita itu. Terus ingatanku menjalar kepada cik Bunga. Tatkala itu, bibirku mengukir kata Subhanallah walhamdulillah, seandainya dialah permaisuriku. Terima kasih, Allah!. Walau bukan cik Bunga, semoga dia isteri dunia akhiratku...
   



No comments: