Welcome to the Blog! (^_^)

Berjuta-juta ucapan terima kasih kepada kamu-kamu yang dah tersinggah kat blog ini mahu yang tak sengaja atau sebaliknya =p. InsyaAllah, saya ni hanya insan yang kureng lagi dalam bercerita atau ber'cerpen' la. Tapi apapun, segala cerpen yang saya buat dan nukilkan nanti akan saya letakkan di dalam sibhuscollection.blogspot.com ini ;). InsyaAllah, sekadar informasi terkini saja dari saya. Sekian, semoga berjumpa lagi dan jangan serik untuk singgah mai ke blog ini lagi naa...;)

Salam ukhwah fillah (^^,)

Sunday, April 8, 2012

Satu Cinta [Ep. 2]

You have received a new message!. Open. 'Salam 'alayk ukhti Iman, kayfa haluki? Err, kenapa semalam senyap je? Kredit habis ye? Maaflah menyusahkan Iman nak call2 sy..'. Ya, itulah mesej yang aku terima dari Bunga tadi. Dan, dalam kamus hidup aku tiada pun perkataan 'kredit habis'. Sebab apa? Sebab Baba dan Mama dah set kan talian telefon aku line punya. Senang kata mereka, cuma bayar sekaligus. Lagipun tiga orang aje. Aku adalah anak tunggal kepada Datuk Ir. Ikmal dan Datin Jasmin.

    Itu bab talian telefon, belum bab masa aku nak masuk dekat kolej ni lagi. Dengan Baba yang tak bersetuju tentang pilihan aku yang nak ambil bidang pengajian Islam ni. Memang masa tu aku rasa macam kecewa sangat dengan Baba aku. Memang dia mati-mati punya pujuk aku minta aku jadi engineer macam dia.  Tapi serius, aku memang tak dapat nak tunaikan cita-cita Baba aku tu. Sebab sebenarnya, sebelum aku masuk kolej ni, aku dah ada pengalaman masuk dekat sebuah universiti tempatan ni. Itupun guna cable jugak tu, sebab Baba ada kawan dia yang kerja kat dalam universiti tu. Jadi, masa awal-awal aku masuk tu aku seronok sangat sebab jumpa kawan-kawan baru. Yang paling best, dia orang sama style dengan aku yang ala-ala brader otai ni kan. Kalau bab main motor dengan hisap rokok tu jangan cakaplah, aku antara juara. Yang tak tahan tu kawan-kawan aku main perempuan jugak. Yang tepatnya main-mainkan perempuan lah. Tukar sana, tukar sini. Itu perkara biasa. Aku ni yang dari junior dah jadi Superb Senior dalam bab tu!.
    Namun, sampailah satu hari yang luarbiasa ni, aku ada first workgroup presentation masa awal sem tu. Jadi, budak kumpulan aku ni panggil buat discussion kat rumah sewa dia. Aku dengan tiga budak lagi pergilah dekat rumah sewa Aqil tu. Kami semua berlima. Masa tengah discussion dekat bilik Aqil tu, tiba-tiba aku dengar bunyi orang mengaji, memang mendayu-dayu. Seolah-olah orang yang mengaji tu tarik kolar baju aku suruh datang dekat dia. Aku pun pelik! Aku goyang-goyang kepala aku, aku pejam celikkan mata aku. Ish, benda apa ni?! Hati aku macam disampuk, tapi aku buat-buat macam tak tahu je. Buat dunno! Tiba-tiba lagi, ada orang lain pulak baca terjemahan daripada ayat Al-Quran tadi rasanya. Aku ingat lagi ayat tu. Surah Al-Infithar: 13-14, yang bermaksud:

"Kerana sesungguhnya, orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat, dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.."

    Saat itu, hati aku seperti dihiris-hiris pilu! Aku seperti hilang udara untuk bernafas. Jiwa aku jadi sesak. Badan aku bergetar mendengarkan ayat Allah yang itu. Dan, akhirnya aku menangis dengan tiba-tiba! Aku sudah tiada malu dan aku sudah tiada ego waktu itu! Kawan-kawan aku jadi hairan dan mereka cepat-cepat menenangkan aku. Menenangkan aku yang berdosa ini! Tenangkah aku? Dalam keseduan itu, aku bertanya pada Aqil, apakah yang mereka bacakan itu? Dan Aqil menjawab dengan hampir rasa sebak juga, 'Itulah kalam Ilahi, Al-Quran..mereka sedang berusrah..mengingatkan antara satu sama lain tentang Allah dan Rasulullah..'. Dan waktu itu, datanglah sahabat-sahabat Aqil mengetuk bilik dan bertanya apa yang terjadi kerana mereka terdengar suara orang menangis dari dalam bilik Aqil. Itulah suara kepiluan aku. Dalam esakan aku, aku tidak berhenti-henti melaungkan kalimah maafkan aku ya Allah! Maafkan aku ya Allah! Sepanjang saat itu Aqil memeluk aku erat. Seperti seorang ibu memeluk anaknya yang sedang ketakutan.
    Kini, aku sudah tiada di sana lagi. Aku berada di tanah yang berbeza. Namun di bumi yang sama. Aku cuba memalingkan diri dari memori itu. Mahu menghilangkan identiti silam aku. Mahu jadi yang sesuai dengan namaku ini, Iman. Apabila aku bertekad untuk berhijrah dari titik silam itu, aku tidak mahu berada di tempat itu lagi. Aku mahu keluar. Dan di situlah Allah menguji aku dengan sikap Babaku yang mementingkan cita-citanya untuk aku. Bukan untuk aku sebenarnya, tapi untuk Baba! Tempoh untuk aku berpindah dari universiti itu memakan masa setahun juga. Mamaku lah yang telah memujuk Babaku untuk menuruti kehendak aku ini. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya sengsara, menderita jiwanya kerana hatinya gersang penuh dosa. Mama tidak tahu apa yang berlaku. Aku tidak mahu melukai mereka. Mama cuma tahu, aku ini dipinggirkan dan dibuli oleh budak serumah aku. Namun yang sebenarnya, aku telah dipinggir dari iman kerana dosa-dosaku. 
    Selepas kejadian aku tersedar dari dunia lara aku itu, Aqil dan rakan usrahnya ada mengajak aku join usrah dia orang. Dan aku sempat seminggu saja dengan dia orang. Kerana selepas itu aku lebih kerap memerap di bilik rumah aku. Menatap wajah suci Al-Quran terjemahan, yang Aqil dan rakan usrahnya hadiahkan. Aku malu pada mereka. Apatah lagi pada Allah. Al-Quran itu aku selak, aku belek. Jiwa aku terasa bergetar sentiasa! Dan ada satu ketika itu aku terselak helaian pada satu ayat dan mata aku tertancap pada ayat itu, yang berbunyi, maksudnya: 

"Dan janganlah kamu hampiri perbuatan yang keji, baik dari segi lahir mahupun batin." (Al-An'am: 151)

Mama banyak bersama aku sewaktu aku sedang berduka. Mamalah juga yang sedaya upaya memujuk Baba untuk memadamkan niatnya untuk melihat aku menjadi engineer. Dan alhamdulillah Allah telah membuka dan melembutkan hati Baba untuk memberi peluang padaku. Dari hal itu, Baba mahu aku buktikan yang aku boleh berjaya apabila berada di dalam bidang pengajian Islam ini. Aku sedaya upaya untuk tidak menghampakan mereka. Aku akan mendoakan mereka sentiasa! Ini jihadku!
     Kembali ke mesej Bunga tadi, tak lama lepas fikir apalah yang aku nak balas pada Bunga tu. Aku pun balaslah, 'Maaf Bunga, semalam Hp tiba2 mati. Erm, nanti kita contact semula ye. Iman tengah banyak kerja'. Ya! Memang banyak kerja. Dengan duedate assignments semuanya dah nak dekat dan segala tests sudah mula senyum-senyum tengok kat muka aku ni. Tak lama lepas tu, peperiksaan akhir pulak. Masaklah aku! Tapi, apa yang penting sekali kita jangan lupakan Allah okey! Allahu Allahu Allahu! Nyanyi lagu Raihan yang bahasa Urdu tu sikit ye! 

Gapailah tangan ini ya Ilahi
Ia dahaga petunjuk suciMu
zahirnya riang, dalamnya gersang
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Walau hamba ini penuh dosa
Terimalah taubat hambaMu ini



Julai, 2005
Dalam kesibukan aku melayani kerenah anak-anak aku (assignments, presentation, tests dan seangkatan dengannya), aku jadi penat. Kadang-kadang aku lari sikit dari anak-anak aku tu, aku pergi mesej Bunga. Ada sekali tu, aku mintak dia terjemah kerja Bahasa Melayu kepada English! Good Girl! Haha. Aku tak berapa cekang lah English. Aku dah cakap kan masa kat episod satu tu. Kau orang ni lah, gigit kang!. Bunga tu sekarang aku dah anggap macam kawan baik aku. Adakah dia merasa yang sama jua? Oh! Jiwang ke bang? Tak adalah jiwang pun. Anggap Bunga kawan ya, bukan kekasih! Bunga banyak bagi kata-kata semangat waktu aku dah tak larat nak hadap anak-anak aku tu. Paling selalu, Bunga bagi kata-kata hikmah, ayat-ayat dari Al-Quran dan hadis. Ada satu ayat yang best tu, "Daripada Anas bin Malik r.a., sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Menuntut ilmu adalah fardhu atas setiap orang Islam, dan penuntut ilmu akan didoa keampunan oleh semua termasuk ikan-ikan di lautan." Subhanallah! Serius, masyuk! Ikan kat laut tu, haaa..berjuta kut! Eh? Berjuta ke? haaa..lebih dari berjuta tu! Itulah antara kata-kata yang buat aku tegak sampai sekarang melayan anak-anak aku tu. 
    Anak-anak dah banyak, ibunya je tak ada lagi. Apa? Nak suruh Bunga jadi ibunya? Boleh saja. Tapi, nak ke Bunga kat aku yang berkudis dosa ni? Kalau aku jadi perempuan pun, aku fikir banyak kali jugaklah. Lepas tu, istikharah lagi. Walau muka macam Johny Deep tapi kalau diri ini masih macam ketam jalannya, aku rasa kadang-kadang tak layak lagi nak cari isteri. Tapi, keinginan aku untuk beristeri sangat kuat! Aku perlukan sayap kiri! Aku perlukan insan untuk aku berkongsi rasa dan kasih ini. Kalau kau orang pun macam itu kan? 
    Tiba-tiba diri ini terasa mahu melihat wajah cik Bunga. Hari itu dah mendengar suara. Hari ni mahu melihat wajahnya pula. Aku dah mesej pada Bunga tentang niatku itu. Dan Bunga kata, nanti dah balik ke kampus semula, dia akan emelkan gambarnya. Dan hari ni, dia dah berada di kampus. Dan tadi dia baru saja mesej aku yang dia dah emelkan gambarnya. Sampai sekarang aku tak buka lagi emel itu. Tersimpan rapi dalam peti inbox aku. Sebab apa aku tak buka lagi? Sebab aku rasa bersalah dah menipu Bunga. Tapi aku tak ada niat nak menipu dia sebenarnya. Ini serius! Ya Allah, kau tenangkanlah hatiku ini apabila hati ini sudah benar-benar bersedia untuk melihat wajah Bunga. Aku benar-benar rasa berdebar untuk melihat wajah insan bernama Bunga ini, mengapakah begitu wahai Tuhanku?
    Hari ini, sudah tiga hari berlalu. Dan sudah tiga hari wajah Bunga terdampar di inbox aku. Kesian gambar tu, dah terdampar. Haha. Selepas solat sunat Ba'diyah Isyak tadi, aku beranikan diri membuka emelku. Click pada Inbox, click pada Subject emel bertajuk : Gambar Bunga. Aku berselawat tiga kali sambil memejam mata. Dan bila aku buka mata, aku terus tekan pada Download File, dan tak lama tu keluarlah gambar Bunga! MasyaAllah! Rupa-rupanya Bunga ini.................!

Apakah ini petanda jiwa terus berlayar sepi
Terus menanti apa yang tiada sebenarnya
Ataukah petanda ia yang terbaik?
Hanya pada Allah aku berserah.....




No comments: