Welcome to the Blog! (^_^)

Berjuta-juta ucapan terima kasih kepada kamu-kamu yang dah tersinggah kat blog ini mahu yang tak sengaja atau sebaliknya =p. InsyaAllah, saya ni hanya insan yang kureng lagi dalam bercerita atau ber'cerpen' la. Tapi apapun, segala cerpen yang saya buat dan nukilkan nanti akan saya letakkan di dalam sibhuscollection.blogspot.com ini ;). InsyaAllah, sekadar informasi terkini saja dari saya. Sekian, semoga berjumpa lagi dan jangan serik untuk singgah mai ke blog ini lagi naa...;)

Salam ukhwah fillah (^^,)

Monday, April 9, 2012

Satu Cinta [Ep. 3]

Malam yang bertatahkan bintang-bintang ini, menjadikan ia satu saat yang bahagia sekali bagi sesiapa yang menatapnya. Kita sebagai khalifah di bumi ini, walau kita berada di jarak yang berbeza, namun kita tetap menatap pada bulan dan bintang yang sama. Emel yang aku terima dari Bunga semalam, masih belum dapat membuatkan aku tidur lena lagi untuk malam ini. Ini kerana, rupanya Bunga menghantar gambarnya bersama-sama dengan rakan sekuliahnya yang lain. Walaupun dalam emel itu Bunga ada menyebut dia yang berada di bahagian yang paling tengah itu, namun wajahnya itu telah dilitupi kemas oleh satu kain purdah. Memang tak nampak muka penuh dah lah. Subhanallah! Hanya nampak matanya saja.

    Tadi, aku telah pun memberitahu pada Bunga bahawa gambarnya telah pun aku terima. Sekaligus ucapan terima kasih aku berikan. Ya Allah! Apakah yang aku harus lakukan? Adakah membiarkan terus Bunga tanpa sebarang khabar selepas ini? Atau mahu berterus terang tentang hal yang sebenar? Kau orang boleh tolong aku tak, apa yang harus aku buat ini?..

Ad : Bro! (Ad pukul bahu aku)
Iman : Ish kau ni! Sehari kalau tak panggil terkejut- terkejut macam ni tak boleh ke? Ada yang kena makan pelempang kang.. (Geram-geram gurau kasar!)
Ad : Hadoi! Marah pulak! Rileks lah Bro..I kan satu-satunya adik kesayangan you..hahaha (Ad ketawa jahat)
Iman : Hoi Ad, kau memang adik kesayangan aku, tapi jangan sampai buat abang besar ni marah bro.. (aku pandang dengan mata slake)
Ad : Hehehe..okey okey! aku tak buat dah macam tadi (tersengih-sengih campur takut..padan muka!) errr...sebenarnya, aku nak tanya pasal assignment yang nak di present petang ni, kau dah siapkan untuk bahagian kau ke?
Iman : Dah siap lama dah...
Ad : Okeylah Im, nanti kita jumpa petang nanti dekat kelas eh Im...cuppppp! (tiba-tiba dia cium pipi aku!)
Iman : Hoi!!!!
Ad : Aku sayang kau lah ...hahahaha (berlari sambil gelak besar)

Budak Ad ni memang macam tu. Dia anak bongsu. Kurang kasih sayang barangkali. Aku pulak memang tua setahun dari dia. Memang menjadi-jadi lah manja kasar dia tu. Tak apa, jangan takut. Abang Im tak makan orang pun. Haha.

2.30 petang, kelas.

Hidayu : Assalamualaikum Akh, tahniah presentation tadi. Erm, sangat best dan berkualiti.
Iman : Errr, waalaikumussalam. Okey dan terima kasih. (Aku sengih aje)

Hidayu tu budak kelas aku. Budak perempuan yang paling berani bab-bab menegur aku. Aku sebenarnya tak minat sangat melayan budak-budak kelas aku ni. Bukan apa, aku malu. Aku ni lagi tua dari mereka kan. Aku tahu ada yang pandang sebelah mata saja dekat aku. Yang tak pandang pun ada. Aku malas nak ambil kisah. Yang penting siapa yang nak kawan dengan aku, aku layan saja.
   Tadi aku bentangkan tentang As-Sirah An-Nabawiyah. Aku memang minat sejarah dan sirah. Sedangkan dua-dua itu membawa makna yang lebih kurang sama aje kan. Tapi, kalau cakap dengan orang biasa, sejarah itu lebih kepada sejarah Melayu, sejarah kebangkitan negara dan macam-macam lagi. Tapi kalau Sirah, ia pula kita akan nampak Sirah Kebangkitan Islam, Sirah Rasulullah dan para sahabat dan lain-lain lagi. Tajuk pembentangan aku tadi, berkisar tentang Kisah Saidina Umar dan kehidupannya. Kisah Saidina Umar yang dikatakan telah menanam anaknya hidup-hidup sewaktu zaman jahiliyahnya. Pernah dengar bukan? Mengikut kajian aku sebelum melakukan pembentangan hari ini, kisah itu hanyalah dongengan semata-mata. Tiada pun kisah ini disemat di dalam kita-kitab hadith atau kitab-kitab sejarah yang muktabar. Kisah ini adalah rekaan oleh pihak musuh Islam dan sungguh malang sekali umat Islam hari ini hanya menerima apa sahaja kisah-kisah para sahabat Rasulullah yang disogokkan kepada mereka [1] Rentetan dari hal ini, Rasulullah s.a.w ada bersabda :
" Cukuplah seseorang itu menjadi pendusta apabila ia menceritakan apa saja yang didengarnya." (Hadith Riwayat Muslim) 

      Kisah Saidina Umar ini sebenarnya mempunyai pencerahan yang tersendiri. Kisah ini juga bercanggah dengan kaedah dirayah yang dipakai oleh ulama' Islam dalam menilai sesuatu cerita [2]. Ia mempunyai alasan tersendiri yang meliputi bahwa tiada riwayat yang membuktikan tentang qabilah Quraisy yang ada menanam anak hidup-hidup, apatah lagi untuk membuktikan Saidina Umar r.a membunuh anak perempuan sendiri [3] dan alasan kedua, adat menanam anak perempuan hidup-hidup berlaku di kalangan setengah-setengah qabilah Bani Tamim dan Asad yang bimbangkan kepapaan menimpa mereka disebabkan anak-anak itu [4]. Pencerahan ini memakan masa. Panjang lebar untuk ditulis. Aku menyeru kepada kau orang jomlah sama-sama kita banyakkan menelaah dan mengkaji ilmu! Cewah..betul okey, aku tak tipu.
     Dari seringkas tajuk persoalan, menjadi perdebatan hebat antara aku dan beberapa pelajar kelas aku. Hujah perlu mantap. Untuk dapat yang semantap itu, perlukan kepada ilmu yang banyak. Untuk ilmu yang banyak, memerlukan aku dan kau orang mengkaji, menelaah, mengutipnya dari para ulama' atau ilmuwan. Betapa besar dan berat amanah kita sebagai khalifatullah ini! 

Ogos, 2005.
Hari ini, Bunga menghantar mesej. Ingin melihat wajah aku pula. Wajah aku yang tidak bertudung, yang mempunyai janggut sejemput inikah yang aku akan hantar nanti? Lama aku simpan mesej Bunga. Dan lama juga lah masa aku ambil untuk menjawab mesejnya itu. Aku blurrr! Namun, kali ini hati aku kuat untuk membuat keputusan, bahawa aku akan berterus terang pada Bunga! Berterus terang dengan cara aku sendiri.
   Aku mendail nombor Mama. 

Iman : Assalamualaikum, Ma.
Mama : Walaikumussalam Iman, Iman sihat tak?
Iman : Iman sihat, Ma. Ma, Iman dapat hadiah test As-Sirah An-Nabawiyah terbaik tadi, Ma. Terima kasih atas doa Mama dan Baba.
Mama : Subhanallah, alhamdulillah. Ma bangga dengan Iman.. (suara Mama tenang saja, itulah Mama)
Iman : Ma, Iman nak buat request, boleh?
Mama : Request apa pulak ni Iman? InsyaAllah, kalau boleh Mama akan cuba berikan yang terbaik untuk Iman..
Iman : Ma, Iman nak membina masjid baru...
Mama : Ha? Iman nak buat masjid dekat mana ni man? Kan rumah kita da ada satu masjid, satu surau..dekat-dekat aje pulak tu..
Iman : Err, Mama. Ni masjid yang nikah tu ma, bukan masjid kubah tu ma ...
Mama : Ha?! 


Daripada Abu Zar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Bertakwalah kepada Allah di mana saja kamu berada. Dan ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya menghapuskannya (kejahatan tadi). Dan berperangai kepada manusia dengan perangai yang baik."

-------------------------------------------------------------------
[1] Siri Pemurniaan Sejarah Awal Islam, Maulana Asri Muhd Asri Yusoff , ms 28
[2] Siri Pemurniaan Sejarah Awal Islam, Maulana Asri Muhd Asri Yusoff , ms 29
[3] Siri Pemurniaan Sejarah Awal Islam, Maulana Asri Muhd Asri Yusoff , ms 29-30
[4] (Mohd Tayyib an-Najjar, al-Qabasul al-Waddha', ms. 78, Zakaria Bashier, The Meccan Crucible, ms.24) Siri Pemurniaan Sejarah Awal Islam, Maulana Asri Muhd Asri Yusoff , ms 30 

No comments: