Fuhh. Penatnya hari ini. Banyak pulak kelas kena attend. Plus dengan kelas ganti lagi. Allah! Kuatkan aku ya Allah!
Adham : Bro! Ape cer Bro? Serabut je aku tengok kau ni, apesal?
Iman : Haish ko ni Ad! Aku tengah goreng nasi bro! Mu nok se, dok? (sambil menunjukkan sekepal buku lima) Haaaa......Aku tengah penat ler. Yang kau tu, takde kelas ke, Bro? (aku yang muka ketat)
Adham : Pergh Bro! Buku lima tu aku tak biasa makan Bro, tapi kalau kau nak bagi aku tadah je muka aku ni Bro! hahahaha! (berlari si Adham dari aku, hampeh betul budak ni)
Adham ni budak sebilik asrama aku. Sengal sikit budaknya. Tapi baik sebenarnya. Nerdo. Haha.
Treeeeet! Treeeeet! Treeeeet! Bergetar pulak handphone Samsung Galaxy Mini aku ni. Tengok sikit ada apa. '1 notifications- Instant Message from Bunga Lara'.
Bunga Lara : Assalamualaikum Bom Bom Chak!
Haha. Bom Bom Chak tu nama samaran atau nickname aku dekat dalam Yahoo Messenger tuh. Serius aku suka nama tu. Tapi tu lah, yang jadi masalahnya Si Bunga Lara ni ingat aku ni perempuan. Aku ni pun, layankan je la.hik hik hik..
Bom_bom_chak : Waalaikumussalam Bunga :)
Bom_bom_chak : Bunga sihat ke? Tak ade kelas ke hari ni?
Bunga Lara : Ada je, dah habis. Ni tengah menyambil buat esemen (assignment) :)
Bunga Lara : Bom. nanti saya nak balik kampung bercuti sem. Lepas tu, mungkin kat kampung saya tu tak ada Internet lah. So, we being stop for a moment.
Bom_bom_chak : Oh really! Yup, kalau gitu takpelah. Kita contact semula bila dah habis sem lah ye?
Bunga Lara : Hehe. Jumpa lagi ya, nak out dah. Just nak inform benda tu aja. Jaga diri baik ya :)
Bom_bom_chak : Yup okey! U too. Assalamualaikum :)
Bunga Lara : Waalaikumussalam.
Bunga Lara. Aku kenal dia dalam masa sebulan je baru. Orangnya macam lemah lembut. Sopan je bila chatting dengan aku. Yang tak tahan tu, dia ingat aku ni perempuan. Sebab masa aku kata nama aku Iman, dia pun cakaplah yang 'Ukhti Iman ni belajar dekat mana ye?'. Tak pernah jumpa lagi orangnya macam mana. Tapi aku guess je lah, budaknya baik. Bolehlah buat kawan berbincang hal-hal semasa. Maklumlah, Si Bunga ni belajar dalam bidang komputer. So, dia lebih rapat dengan dunia Internet. Hik hik hik. Dan yang penting sekali dia mesti pandai English Education. Yelah kan, takkan masuk UiTM, dapat English bawah dari kepujian, der? Lain lah aku ni. Memang bahasa omputih aku tak cekang. Tapi, dari sudut akademik bahagian pengajian Islam ni, aku lagi superb agaknya dari korang. haaa! Nak test ke? Try me! hehe. Gurau je ye.. Astaghfirullah al-'azim, Iman! Iman! Apa ni Iman? Riak yang berlebih-lebih? Tak bagus! Namanya je Iman. Tak beriman lalu..kih kih kih..
Jun 2005.
Homework. Kerja rumah. Assignment. Workgroup. Presentation. Tasmi'. Hah! Sinonim okey dengan rutin harian seorang pelajar kolej ataupun universiti. Memang best! Bro, kenalah cakap best, kalau tak best, aku ni tak boleh nak study, belajar lah apa pun mesti tak masuk, sebab mindset dah kata tak best. Jadi, kita mesti positifkan mindset kita wahai kawan-kawan! Yeah! Jom dekan untuk sem pertama ini! Bersemangat! Sambil membayangkan wajah-wajah ibu ayah lecturer. Agagagagaga...
Adham : Bro, ko apesal pulak ni? Cakap sorang-sorang? Meh sini jap muka tu...panggggg! (Si Ad lempang muka aku!)
Iman : Woi sengal! Apesal pulak menampar muka aku dengan drastik ni ha? Hadoilah! Astaghfirullah al-'azim! Sabar sabar!!!
Adham : Aduhhh abang Im! Hahahaha (Dia buat gila dah) Abang Im sakit kat mana Abang Im? Meh sini Ad gosok ye...hihihi (Si Ad buat suara perempuan ayu dan lemah gemalai tapi aku rasa macam nak cekik je makhluk itu)
Iman : Haaaaaaaaaa! (aku jerit kat Adham macam harimau nak terkam mangsa, apa lagi Adham tu, terus lari sambil terkekek-kekek ketawa senang hati dapat tampar muka Johny Iman Deep ni)
Terindu pulak nak berYM dengan cik Bunga. Haha. Tapi cik Bunga tengah cuti sem lah pulak. Untuk pengetahuan kau orang, cuti cik Bunga dan abang Iman tak sama ye. Aku ni kolej je, cik Bunga tu universiti. Huuuuu....Bukak jela YM ni, kot kot ada yang sudi nak chat dengan aku. Sreeeeet! Ssreeeeet! Itu bunyi aku meluncurkan jari kat atas screen Samsung Galaxy aku ni lah.
Aik! Kenapakah cik Bunga online pulak? Ohhhhh! Ni dia pakai mobile ni. Baiklah, try sajalah tegur. Mana tahu ada rezeki kan. Hihi...
Bom_bom_chak : Salam :)
Dalam masa 5 minit macam tu lah barulah ada reply dari cik Bunga....
Bunga Lara : Waalaikumussalam Bom :) Maaflah, saya on dari HP ni, jadi pakai kredit ni. Lepas tu pakai mobile ni mahal banget! Jadi, kalau ada apa-apa yang penting direct terus guna HP ya? Apa nombor Iman?
Aduh! Dia mintak nombor pulak! Huhuhu...
Bom_bom_chak : Oh ha'a, tu la tahu dah mahal. Saya saja tegur. hehe. ni nom saya 0199846991.. :)
Tak lama tu...
Treeeet! Treeeet! You have a new message!
Bunga Lara : Alhamdulillah, jimat sikit kredit ni ha, Iman pakai pulak celcom pulak tu kan, lagilah super duper jimat kan?. Tengah buat apa tu? Korang tak cuti lagi ke? hahaha..
Hamboi minah ni..
Iman : Belum lagi lah Bunga. Ktorang cuti time korang masuk belajar dah. Bunga duk mana eh?
Bunga Lara : Asal sy Selangor, awak?
Iman : Pahang.. Bunga, sy ni sebenarnya tak suka SMS sangat, sy suka call..direct sound to sound...
Aku sengaja nak umpan dia, hehe. Nak dengar suara cik Bunga...aku terus dail nombor Hp cik Bunga...dan..
Bunga : Assalamualaikum..
Bunga mengucap salam terlebih dahulu tetapi...dengan tiba-tiba aku rasa seperti dihurung perasaan serba salah yang maksimum! Aku terus hang off perbualan tadi.
Bunga mengucap salam terlebih dahulu tetapi...dengan tiba-tiba aku rasa seperti dihurung perasaan serba salah yang maksimum! Aku terus hang off perbualan tadi.
Mesti Bunga tengah terkejut. Jahatnya aku buat dekat anak orang macam tu. Apalah tujuan asal aku ni. Aduhlah! Semoga Kau pimpin aku ya Allah. Dan aku sebenarnya, sedang mencari seorang wanita untuk dijadikan teman hidup. Walau aku tahu aku masih muda. Namun, zaman duka yang aku lalui telah menjadikan siapa diri aku. Betapa hinanya diri ini ya Allah. Aku lara sewaktu zaman itu. Ampuni aku ya Allah!
No comments:
Post a Comment