Welcome to the Blog! (^_^)

Berjuta-juta ucapan terima kasih kepada kamu-kamu yang dah tersinggah kat blog ini mahu yang tak sengaja atau sebaliknya =p. InsyaAllah, saya ni hanya insan yang kureng lagi dalam bercerita atau ber'cerpen' la. Tapi apapun, segala cerpen yang saya buat dan nukilkan nanti akan saya letakkan di dalam sibhuscollection.blogspot.com ini ;). InsyaAllah, sekadar informasi terkini saja dari saya. Sekian, semoga berjumpa lagi dan jangan serik untuk singgah mai ke blog ini lagi naa...;)

Salam ukhwah fillah (^^,)

Tuesday, June 5, 2012

Satu Cinta [Ep. 5 Final]

Dalam perjalanan menaiki tangga masjid....
Mama : Iman, kamu ingat lagi tak nama bakal isteri kamu? (sambil berbisik ke telingaku)
Iman : InsyaAllah ma, Iman ingat. Nur Amirah Bt. Ahmed kan, ma?..
Mama : Ya Iman, bagus betul Iman ni..(mama menggosok bahuku)..

Setibanya di dalam masjid. Aku terus duduk betul-betul menghadap qadi yang akan mengakadkan pernikahanku sebentar lagi. Di sebelah belakang kiriku, dialah bakal isteriku. Nur Amirah.

Qadhi : Iman! Awak dah bersedia?
Iman : Err, ye saya dah bersedia.. (agak gementar aku)

Qadhi : Nur Amirah! Anda dah bersedia? Boleh tanggalkan penutup muka itu ye, kita nak buat sesi pengecaman muka..hehe.. (Qadhi buat lawak pulak time-time genting macam ni)..
Amirah : ........ (aku tak dengar apa yang dia cakap, mungkin dia senyum lalu mengangguk kepala saja)...
Qadhi : Bismillahirrahmani ar-rahim..

..............................................................................................................................................................

Malam itu, aku terasa penat sekali. Melayan kerenah para tetamu dan saudara mara yang baru ku kenali. Nak tatap wajah isteri aku pun, aku tak sempat. Sempat kerling-kerling dan cakap serba ringkas saja. Walau begitu, pabila melihat dia orangnya sangat lemah lembut dan baik sekali. Selalu tersenyum. Memang cantik! Subhanallah. Kulitnya yang kuning langsat, keningnya hitam pekat, matanya sangat redup dan cantik, hidungnya tak mancung tak pesek, bibirnya kecil kemerahan dan sekali dia tersenyum seperti ada bebola kecil comel yang membentuk rapi di kedua-dua pipinya. Cantik dan comel! Memang padanlah dia tutup wajahnya itu. 

Iman : Mira!.. (aku panggil dia yang berada agak jauh dari aku)
Mira : Ye Iman.. (dia menoleh lantas menjawab panggilan dengan senyuman sekali..aduh!)
Iman : (aku terus berjalan menuju ke arah dia) Dah siap ke basuhnya? Ke ada lagi periuk yang belum kita basuh?
Mira : Umi kata dah siap. Yang kita basuh tadi tu yang last. Mira pun dah habis kemaskan periuk-periuk ni. 
Iman : Kalau dah siap, jom kita bersihkan diri. Tengok Mira pun dah teruk sangat dah tu (memang teruk, kotor sana kotor sini, kesian aku tengok. Beria sangat memberusnya)
Mira : Baiklah Iman. (sekali dengan senyuman)

      Seusai kami berisya' bersama. Kami pun terus merenggangkan segala urat saraf. Tak sempat pun nak bertaaruf dan berbual-bual panjang. Mata aku pun memang kejang tahap maharaja vishnu dah aku rasa. Aku ada je dengar orang ketuk-ketuk pintu. Tapi aku dengan Mira macam orang mati dah. Tak larat la wei! Huhu. Aku dengan Mira masih lagi malu-malu sebenarnya. Aku sentiasa berdoa moga Allah panjangkan dan bahagiakan hidup aku dan Mira. Sebenarnya aku segan dengan Mira ni. Dia terlalu baik dan terlalu solehah bagi aku. Namun begitu, tak mengapa. 'Abang' akan terus berusaha jadi yang terbaik untuk 'Sayang'. Dalam hati bolehlah. Haha. Aku segan lagi ni! 
      
................................................................................................................................................................

Abi : Tidur lena ya kamu. Sampai Abi ketuk pintu tak sedar dah..hehe
Mira : Kami penat lah abi. Maaflah abi..
Abi : Tak mengapa, sebenarnya abi nak ajak ngeteh je malam tadi.. Tapi, sebab kamu berdua tak jaga, abi pun terus masuk tidur.. betul tak umi nya?
Umi : Ye, betul tu. Entahlah abi awak tu Iman, rasanya dah tua tapi nak jugak buat-buat muda..hmmm
Iman : Biasalah tu umi, orang laki ni walaupun dah tua tapi jiwanya sentiasa muda!.. (semua orang ketawa dengar aku cakap macam tu)
Umi : Ha, Mira. Dengar tu abang kamu kata apa. Kita ni pun kenalah kekal muda sokmo! Karang tak pasal-pasal ada aje suara-suara nak mintak tambah cawangan..hihi (Umi ketawa kecil)

    Untuk pengetahuan kau orang, Mira ni anak tunggal. Samalah macam aku. Umi dan Abi baik sangat. Tak macam Papa aku. Yang aku peliknya, kenapalah papa aku tak macam Abi? Sedangkan mereka tu kawan baik? Hmmm, entahlah. Mungkin disini ada terselit kuasa Allah yang bahawasanya Allah itu akan memberi hidayah kepada mereka yang Dia kehendaki. Sebab itu, kita sentiasa memohon agar Allah sentiasa memimpin dan mengenggam erat hati kita ini supaya berada di jalanNya yang benar. Betul tak 'sayang'? 'Sayang' saya tak dengarlah, sebab saya berkata-kata dalam hati aje. 

     Usai kami sarapan pagi. Aku dan Mira terus pergi ke halaman rumah Mira. Di situ ada satu taman kecil dan sebuah mini pondok yang sangat antik dan unik. Diperbuat daripada papan jati. Dibina khas buat Mira sewaktu dia kecil lagi. Itulah antara info yang aku dapat. Dan disitulah Mira bermain dengan Barbienya, dengan alatan masaklah dan di situlah juga Mira menyiapkan kerja sekolahnya. Sekarang, Mira berada disamping suaminya...

Mira : Iman, Mira macam pernah dengar aje nama Iman ni. Nak nyanyi sikit boleh? (permintaan dibuat dengan rasa malu-malu, tapi nak! haha)
Mira : 'Iman adalah mutiara di dalam hati manusia' (dia nyanyi lagu Iman Mutiara Raihan rupanya).. dah itu aje..hihi (naik merah jambu pipi Mira, malu.)
Iman : Ye, lagu tu. Nak Iman sambung ke? Nak ke taknak, Iman nak sambung jugak. 'Yang meyakini Allah, di dalam hati manusia...lalalalala dot dot dot...habis dah! hahahaha..sedap,kan?
Mira : Hahahaha...(Mira ketawa sambil tutup mulut).. Iman ni kelakarlah...! (Seloroh Mira padaku)

Tiba-tiba dari jauh...
Nek Marsha : Bunga nenda buat apa tuu? (Nek Marsha jerit dari jauh)

Nek Marsha ni baru datang agaknya. Sewaktu kenduri kemarin dia tiada lagi di sini. Dia duduk di Bandung, Indonesia. Sudah bongkok pun orangnya. Namun, sangat laju jalannya. Ceria saja wajahnya melihat cucunya itu. Dan cucu barunya ini, akulah. 

Nek Marsha : Mari nak tengok sikit wajah cucu baru nenda ni?..
Iman : Assalamualaikum, nek Marsha.. (aku senyum)

Kejap-kejap, aku tersalah dengar ke? Em, Nek Marsha panggil Mira, Bunga? 

Nek Marsha : Allahuakbar! Handsomenya cucu baru nenda ni. Sesuai dengan Bunga..
Mira : Nek, Iman panggil Mira lah, bukan Bunga.. (muka Mira malu-malu, dia terkuis-kuis baju nendanya)
Iman : Tak apalah Mira, muka Mira memang cantik pun macam bunga..hehe
Nek Marsha : Tengok tu, Iman pun suka aja panggil Bunga.. Nenda bukan apa Iman, sebenarnya kalau ikutkan nama Nur Amirah tu tak sesuai masa Bunga kecil, bila dapat nama tu dia asyik nangis aje. Jadi, nenda pun panggil dia Bunga. Terus reda nangisnya. Tu yang sampai sekarang nenda kekal panggil dia Bunga. (nek Marsha membuka cerita)

Dan serius. Aku teringat dekat Bunga. Kawan yang aku chatting sewaktu zaman bujangku dulu. Sedang bikin apakah dia?

....................................................................................................................................................................

Malam melabuhkan tirainya. Sedang khusyuk aku membuat kerja di dalam laptopku. Tiba-tiba hatiku tergerak untuk menghantar pesanan ringkas melalui yahoo messenger kepada cik Bunga. 

" Salam cik Bunga? Sedang apakah itu."

Tidak semena-mena, telefon bimbit milik Mira berbunyi di sebelah tanganku. 

"1 new message received ....
Salam cik Bunga? Sedang apakah itu."

Mira : Assalamualaikum Iman, Iman buat apa? (dan tiba-tiba Mira muncul masuk ke dalam kamar kami) kenapa Iman tengok Mira macam itu?
Iman : Mira...nah... telefon Mira bunyi tadi....
Mira : Oh yeke.. (Mira mengambil telefonnya dari tanganku) Aik, em, kawan Mira hantar mesej, rasanya kita orang dah takda apa-apa. Tiba-tiba aje dia hantar mesej lagi. Maafkan Mira kalau dah buat Iman marah (muka Mira nampak sedikit ketakutan)
Iman : Laki ke perempuan Mira? (dalam hati aku tengah berdebar-debar ni!)
Mira : Laki, asalnya Mira ingat dia perempuan tu yang Mira kawan aje dengan dia. Tiba-tiba, tak lama tu dia mengaku dia tu lelaki. Terus Mira cakap kata wassalam. (Ya Mira, itulah 'abang')
Iman : Siapa nama dia?
Mira : Iman.
Iman : Nama dia macam nama abangkan Mira? (abang?)
Mira : Ha'ah..(Mira agak terkejut)
Iman : Sebenarnya itulah abang (aku tertunduk)
Mira : Ha? (Mata terlopong dan mulut yang terlopong tapi ditutup oleh Mira)
Iman : Mari sini sayang... (sayang?wow)
Mira: ......................(perlahan-lahan Mira menuju ke arah aku, she's mine okay!)
Iman : (Aku minta dia duduk atas ribaanku, aku peluk dia dari belakang) Bunga...
Mira : Ya Iman...
Iman : Taknak Iman, tukarlah jadi 'abang'..
Mira : Ya abang.. (aku peluk Mira kuat sikit dari yang tadi)
Iman : Mira...
Mira : Ya....aaaa...bang... (eh, makin lambat pulak. Malu lagi tu)
Iman : (Aku merapatkan mukaku ke lehernya yang jinjang itu. Mira kegelian) Walau apapun nama 'sayang', Bunga atau Mira. Abang tetap sayang insan ini yang bernama Nur Amirah...
Mira : (Mira menoleh kebelakang, dan meletakkan dahinya ke dahiku)..ye abang ...

Allah akan beri apa yang kita perlukan,
Bukan apa yang kita hendakkan.


Tamat

1 comment:

aarongrey112 said...

Hi, can I contact you through your email? I've something to share that might interest you.

Aaron
aarongrey112 gmail.com