Welcome to the Blog! (^_^)

Berjuta-juta ucapan terima kasih kepada kamu-kamu yang dah tersinggah kat blog ini mahu yang tak sengaja atau sebaliknya =p. InsyaAllah, saya ni hanya insan yang kureng lagi dalam bercerita atau ber'cerpen' la. Tapi apapun, segala cerpen yang saya buat dan nukilkan nanti akan saya letakkan di dalam sibhuscollection.blogspot.com ini ;). InsyaAllah, sekadar informasi terkini saja dari saya. Sekian, semoga berjumpa lagi dan jangan serik untuk singgah mai ke blog ini lagi naa...;)

Salam ukhwah fillah (^^,)

Thursday, January 12, 2012

Semanis Asmara Ep. 5

Auni               :  Abang!
Pihak hospital : Maaf puan, saya dari pihak hospital bandar nak buat makluman bahawa suami puan telah     terlibat dalam kemalangan langgar lari setengah sejam yang lalu, dan suami puan sedang dalam keadaan koma, mohon puan datang segera ya!
Auni               : ‘Ya Allah! Satu-satu ujianMu datang kepadaku dan suami. Allah..Allah..Allah’.


Berita kemalangan itu bagaikan satu panahan halilintar di hati kecil Auni. Auni menangis di atas lantai. Luluh benar hati Auni. Belahan hatinya seakan melambai tangan pergi. Membuatkan Auni menjadi semakin sedih dan hampir hilang nafas untuk hidup. Dengan sedikit kekuatan yang ada, Auni berdoa sepenuh raganya. Dalam keesakan tangisnya itu, ‘Ya Allah, sesungguhnya suamiku adalah cintaku selepas Kau dan Rasulullah. Ya Allah! Sungguh aku menyayangi suamiku lebih dari aku menyayangi diriku. Selamatkanlah dia, kuatkanlah dia ya Allah. Andai perlu Kau ambil nyawaku ini, ambillah ya Allah. Aku redha ya Allah!’ airmata duka semakin membanjiri hati Auni. Digagahi diri pergi melangkah untuk menatap wajah Tareq tersayang. Semangat hidup menjadi separuh-separuh.

Auni melangkah masuk ke wad ICU. Auni duduk di sisi Tareq. Mata Tareq terpejam. Tareq dipakaikan dengan alat bantuan pernafasan. Luka sana luka sini di badan Tareq. Menjadikan badan Auni menjadi turut terluka. Auni meramas lembut jeri jemari Tareq. Diciuminya tangan itu. Maka, teralir lagi airmata Auni menuju ke tangan Tareq. Tiba-tiba..

Tareq : Au…ni…
Auni : ………….(Auni terkejut sambil membuntangkan matanya)….
Tareq : A…bang, min…ta… ma….af… (Tareq bertatih tatkala berbicara..terlalu sakit)
Auni : Shhhhh…Abang, Auni sayang abang. Sayang sangat-sangat..Tolong jangan tinggalkan Auni abang. Abang tolong kuat! (dalam keserakkan tangis suara Auni, dia merayu kepada Tareq, merayu kepada Rabbnya.)
Tareq : Ya Allah sakitnya! (Tareq mengaduh kesakitan teramat, seakan nyawa mahu diambil pergi)
Auni : Ya Allah, abang! Abang! (Auni menjerit apabila melihat Tareq semakin lemah dan memejamkan mata) Doktor!

Kini, kenangan pahit itu bagaikan sembilu apabila ia menjengah. Kesayuan dan kepedihannya sangat meluluhkan hati Auni. Dalam kesuraman cahaya itu, Auni memotivasikan diri dan menguatkan pegangan diri selama dia masih bergelar Muslimah! Kata- kata Tareq, senyuman Tareq dan tingkah Tareq senantiasa berlegar di kotak memori Auni. Cinta hatinya!

Di kubur itu, Auni menyudahkan bacaan doanya terhadap arwah. ‘Ameen ya Rabbal ‘Alameen’.
“Sayang…..dah sudah ke? Jom kita balik ye.” Itulah suara kerinduan yang Auni idamkan sentiasa.
“Ye abang…baiklah..”. Auni tersenyum ayu. Itulah senyuman kecintaan yang sentiasa Tareq harapkan.
Mereka berlalu dari situ. Kubur arwah Amni. Kubur kenangan seorang sahabat.

Terurailah kisah cinta ini, antara Auni Sofea dan Ahmed Tareq. Tareq mencintai Auni setelah melafazkan kalimah keramat sewaktu pernikahan mereka. Semanis asmara ini. Ia bukan atas tanggungjawab yang dipikul dari amanah seorang sahabat bernama Amni. Keajaiban dan kuasa Allah telah menentukan segala-galanya. Kita harus berusaha dan sedaya-upaya untuk menuruti dan meredhai segala perintah dan kehendak dariNya. Ameen.
Cinta itu mulia
Terima kasih Allah
Atas nikmat cinta itu.


-Tamat-

3 comments:

Style Me Up said...

sedeynyer...tamat macam ni. bila nak buat cerita lain pulak?

sibhuscollection said...

insyaAllah..xlama lg hihi..thanx sudi follow ;)

Abu 'Ubaadah, Abdul Haliim MRARSRS said...

salam
cerpen ni orang yg dah kawen je dapat merasakannya...
yang belum kawen susah nak buat ..