Welcome to the Blog! (^_^)

Berjuta-juta ucapan terima kasih kepada kamu-kamu yang dah tersinggah kat blog ini mahu yang tak sengaja atau sebaliknya =p. InsyaAllah, saya ni hanya insan yang kureng lagi dalam bercerita atau ber'cerpen' la. Tapi apapun, segala cerpen yang saya buat dan nukilkan nanti akan saya letakkan di dalam sibhuscollection.blogspot.com ini ;). InsyaAllah, sekadar informasi terkini saja dari saya. Sekian, semoga berjumpa lagi dan jangan serik untuk singgah mai ke blog ini lagi naa...;)

Salam ukhwah fillah (^^,)

Thursday, January 12, 2012

Semanis Asmara Ep. 4

Malam berairmata pasangan kekasih itu berakhir dengan rasa bersalah di hati Tareq dan rasa tertanya-tanya di benak fikiran Auni. Namun, keduanya terus melelapkan mata bagi menenangkan hati yang bersalut duka itu. Bagi Auni, kebahagiaan Tareq adalah kebahagiaannya. Begitulah juga sebaliknya. Oleh itu, Auni sangat tidak mampu melihat pelindungnya itu terus menerus menumpahkan airmata. Baginya, biarlah dia yang membebani perasaan yang dikandung suaminya itu. Itu lebih baik bagi Auni. Sungguh! 

Keesokan harinya, awal-awal pagi lagi Tareq telah keluar dari rumah. Sewaktu bangun dari tidur, Auni melihat di sebelahnya Tareq sudah tiada dan berfikiran mungkin suaminya ada kerja penting yang perlu diselesaikan atau Tareq perlu pergi visit site luar yang jauh dari pejabatnya. Yang pasti, Auni telah mendapatkan ciuman istimewa dari Tareq sewaktu Tareq sudah mahu keluar dari rumah. Masa tu Auni masih tidur, dan Auni dapat merasainya. Suka!
Sewaktu melangkah keluar dari bilik air, Auni terpandangkan sepucuk surat yang tertulis ‘Kepada: Isteriku, Auni Sofea’ yang diletak rapi di atas meja cermin. ‘Aik surat apa pulak ni?’ Auni tertanya-tanya, lantas membuka dan membacanya..
Bismillah. Isteriku Auni Sofea.
Maafkan abang sebab keluar awal pagi ini. Abang tak kuat untuk berhadapan dengan Auni sehinggalah amanah besar ini abang sampaikan pada Auni. Sebelum itu, abang nak Auni tahu bahawa abang sayang Auni sebab Auni adalah Auni. Bukan sebab Auni ada pipi comel ke atau ada mulut kecil macam Anna Althafunnisa’ ke. Hehe. Abang bahagia sangat hidup bersama Auni Sofea. Auni kena tahu itu, okey?

Auni ingat lagikan cerita yang tentang sahabat baik abang tu? Yang abang nangis malam tu? Jangan tak ingat pulak, Auni muda lagi tau. Hehe. Untuk pengetahuan Auni, nama sahabat abang tu adalah Amni. Mesti Auni kenalkan? Ingat lagi tak dia?.

Auni terpana. Amni?. Ya, Amni lah lelaki yang selalu diintainya dulu. Lelaki soleh itu. Antara budak lelaki terpandai dalam tingkatan ketika itu. Amni lah lelaki yang pertama Auni sukai. Pernah juga terlintas di hatinya untuk mendapat lelaki bernama Amni itu. Sehingga pernah beberapa kali Auni melakukan solat hajat agar dapat bersama lelaki itu akhirnya. Tapi, hajatnya terus mati tanpa bersebab kerana beberapa bulan sebelum menamatkan alam persekolahan Amni tiada muncul lagi di sekolah itu. Waktu itu Auni berspekulasi mungkin Amni telah berpindah dari sekolah itu. Tetapi, rupanya Amni telah berpindah ke alam lain. Buat selama-lamanya. Ketika itu, Auni pusing. ‘Jadi, apakah kaitan Amni dan Tareq terhadap aku?’ Auni berdialog sendiri. Auni meneruskan pembacaannya..

Auni, lelaki bernama Amni itu sebenarnya meminati dan menaruh hati kepada Auni. Sejak dari tingkatan 4 lagi.

‘Ya Allah!’ Ya, sewaktu tu kelas kami dicampurkan kerana jumlah pelajar yang sedikit. Jadi cikgu mengambil keputusan untuk menggabungkan lelaki dan perempuan sekali.

Namun, selama hayat Amni yang berbaki itu, Amni meluahkan rasanya itu pada abang. Hampir setiap malam dia bercerita tentang yang apa berlaku di kelas. Saat-saat dia mencuri-curi pandang pada Auni. Abang budak kelas lain. Jadi tak kenal pun Auni yang mana satu. Sampailah satu hari tu Amni tunjukkan pada abang. Masa tu juga Amni beritahu abang bahawa sekiranya nyawa dia pergi dulu, dia mahu abang mengahwini dan menjaga Auni Sofea abang ni. Masa tu abang terkejut dengan kata-kata Amni tu. Dia minta abang berjanji. Abang pun mengiakan saja sebab tidak tahu menahu tentang penyakitnya itu. Lagi pun dialah satu-satunya sahabat dunia akhirat abang. Dan bila tiba masa Amni pergi, Amni jerit pada abang mengingatkan kembali janji yang pernah kami buat beberapa bulan sebelum tu. Hari ni, abang ada bersama insan yang pernah diminati oleh sahabat baik abang. Walau begitu, abang bersyukur punya isteri comel lagi solehah yang bernama Auni Sofea. Alhamdulillah. Alhamdulillah juga, abang dapat memberitahu amanah besar ini. Walaupun hati ini terasa walang sekali. Maafkan abang , sayang. Dan lagi satu, nanti kita pergi melawat kubur arwah eh. Abang dah jumpa kuburnya. Abang google dalam mimpi. Hehe. Okey Auni? Semoga cinta kita berkekalan hingga ke syurga. Auni tahu kan abang sayang Auni? J

Yang merindu, Suamimu, Ahmed Tareq

‘Ya abang, Auni tahu abang sayang Auni. Tapi kenapa abang sembunyikan hal ini. Subhanallah! Ujian apakah ini?’ getus hati Auni pilu. Memori cinta semalam kembali bermain di ingatan Auni. Ia berlegar-legar. Semakin lama semakin teringat pada kenangan silam itu. Namun, di tabahi sekeping hati agar kembali ke dunianya sekarang. Dunia Auni dan Tareq, bukan Amni lagi.

Tiba-tiba, bunyi telefon berdering. ‘Abang agaknya!’ Auni berlari ke bawah dan terus mengangkat gagang. “Abang!” cuba menceriakan nada. Namun, hampa. Gagang terjatuh mengejut. Auni terpana lalu terduduk, itu bukan Tareq yang berada di talian tetapi dari pihak hospital….

Aku hanya insan  biasa
DariMu aku mengutip semangat
DariMu aku mendapat ujian
DariMu kasih sayang ini ku semati
Kuatkah aku menjadi setabah umat terdahulu?





No comments: