Welcome to the Blog! (^_^)

Berjuta-juta ucapan terima kasih kepada kamu-kamu yang dah tersinggah kat blog ini mahu yang tak sengaja atau sebaliknya =p. InsyaAllah, saya ni hanya insan yang kureng lagi dalam bercerita atau ber'cerpen' la. Tapi apapun, segala cerpen yang saya buat dan nukilkan nanti akan saya letakkan di dalam sibhuscollection.blogspot.com ini ;). InsyaAllah, sekadar informasi terkini saja dari saya. Sekian, semoga berjumpa lagi dan jangan serik untuk singgah mai ke blog ini lagi naa...;)

Salam ukhwah fillah (^^,)

Wednesday, January 11, 2012

Semanis Asmara Ep. 3

Hari ini, usia perkahwinan mereka genap dua tahun. Namun, sehingga hari inilah hati Tareq masih lagi diselubungi rasa bersalah itu. Rasa bersalah kepada Auni kerana telah menyembunyikan satu amanah besar yang seharusnya diberitahu kepada Auni sejak dari hari pernikahan dulu. Tapi, Tareq tidak sanggup kehilangan ukiran senyuman manis Auni, kehilangan ceria sinar di mata Auni, kehilangan tingkah lembut Auni dan segalanya tatkala Tareq memberitahu amanah besar itu.
Tareq terlalu menyayangi Auni. Auni adalah separuh dari jiwa Tareq. Dalam keluh-kesah itu, selama dua tahun ini juga Tareq terus gagahi diri menjalani hidup dengan penuh tanggungjawab terhadap rumahtangga ini..
Malam itu. Seusai solat Isya’ dan selesai berdoa. Auni bersalaman dan mencium lembut tangan Tareq. Tatkala mengangkat mukanya, lalu dia terperasan ada air mata mengalir di pipi lelaki itu..
Auni       : Abang…kenapa abang selalu sedih tiap kali lepas solat? Auni selalu perasan, abang selalu macam ni sejak dari dulu lagi. Em? (Auni mengesat air hangat itu. Auni cuba menyelami hati lelaki itu) Abang kalau ada masalah ke cerita yang perlukan pendengar ke, abang cakap je dengan Auni, okey? Auni, insyaAllah sentiasa sudi untuk mendengar. (Auni tersenyum sambil menatap penuh wajah lelaki itu)
Tareq    : (Tareq tersenyum sambil menggeleng kepalanya) Takde apelah sayang. Abang okey. Cuma kadang-kadang abang rasa rendah hati sangat dalam hidup ni. Rasa banyak yang kurang. Sampai abang rasa sedih dan sayu sangat tatkala mengenangkan segala nikmat-nikmat yang Allah bagi tu terlalu bernilai, takut-takut ada yang abang tak mensyukurinya. Minta Allah jauhkan kita dari sifat tu.
Jauh di sudut hati Tareq, dia masih mengenangkan amanah itu dan rasa bersalah dalam dirinya. Dia sentiasa memohon ampun dan mohon diberi kekuatan untuk menjelaskan perkara sebenar kepada Auni tentang amanah besar itu.
Tareq    : ‘Bismillah, ya Allah kuatkan hati dan lidahku untuk berkata-kata tentang amanah itu. Semoga kebenaran itu berada di tempatnya.’ (Detik hati Tareq seakan mengumpul kekuatan untuk kuat berbicara mala mini juga!) Auni…
Auni       : Ye abang (Auni mengangkat muka dan tersenyum)
Tareq    : Auni dengar baik-baik ya apa yang abang nak cerita ni.. (Tareq tersenyum dan dia sedaya upaya mengumpul kekuatan)
Auni       : Baiklah abang..
Tareq    : Sewaktu zaman persekolahan dulu abang nakal sangat. Hehe. Nakalnya tu contohnya main dalam kelas, suka usik-usik kawan, dan macam-macam lagi lah. Satu hari, parents abang kata yang abang akan berpindah sekolah sebab parents abang kena transfer pergi negeri lain. Sekolah yang abang pindah tu, sekolah agama swasta. Iaitu, sekolah yang Auni bersekolah dulu. Tapi Auni tak perasan abang kut. Hehe. (Auni melopong terkejut. Macam tak percaya) Masa kat sekolah tu, perangai abang tetap tak berubah sampaila satu hari tu, ada seorang budak datang dekat abang dan dialah yang banyak mengajak dan merubah abang untuk jadi baik. Dia berjaya melembutkan hati abang untuk dekat kepada Allah, kepada Rabb kita. Kami akhirnya bersahabat rapat. Rapat sangat!. Tapi, tetiba satu hari tu, dia mengadu yang dia selalu batuk-batuk pelik. Macam batuk kering camtula. Rupanya, masa parents dia datang nak ambil dia, parents dia sempat bagitahu abang yang sahabat abang tu sebenarnya ada barah paru-paru peringkat kritikal dah. Abang terduduk. Abang menangis. (Tareq tertunduk dan menumpahkan airmatanya) Masa tu abang rasa bersalah sebab tak pernah tahu yang dia ada penyakit seteruk tu. Dan dia pun tak pernah bagitahu abang. Dan, itulah kali terakhir rupanya abang bertemu dengan dia. Sebab, abang tak dapat contact parents dia terus dekat mana parents dia kebumikan dia, sebab orang jenis pindah-pindah kan. Sebab tu, setiap kali lepas solat abang selalu teringatkan dia. Terbayangkan senyuman dia. Dan selalu terdengar jeritan terakhir tu..(Tareq semakin lemah, tertunduk dan menangis lagi…airmata kenangan itu mengalir membasahi baju Tareq..menangis dan menangis lagi..)
Auni       : (Auni terpukul sayu melihat kesedihan hati suaminya) Abang…Auni sayang abang, janganlah macam ni, abang nangis Auni pun nak nangis..(Akhirnya Auni turut menangis)…Abang, kita doakan semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan redha Allah eh abang..(Auni memeluk erat suaminya dan mencium pipi suaminya sebagai penenang rasa..walau jauh di benak hatinya tertanya-tanya apakah jeritan terakhir yang diucap oleh sahabat suaminya itu..)

Malam itu
Cerita amanah hampir mendatangi masanya
Namun kesedihan di jiwa membatasi segalanya
Aku yakini kerja Rabbku
Kebenaran pasti menyerlahkan kata


No comments: