Welcome to the Blog! (^_^)

Berjuta-juta ucapan terima kasih kepada kamu-kamu yang dah tersinggah kat blog ini mahu yang tak sengaja atau sebaliknya =p. InsyaAllah, saya ni hanya insan yang kureng lagi dalam bercerita atau ber'cerpen' la. Tapi apapun, segala cerpen yang saya buat dan nukilkan nanti akan saya letakkan di dalam sibhuscollection.blogspot.com ini ;). InsyaAllah, sekadar informasi terkini saja dari saya. Sekian, semoga berjumpa lagi dan jangan serik untuk singgah mai ke blog ini lagi naa...;)

Salam ukhwah fillah (^^,)

Wednesday, January 11, 2012

Semanis Asmara Ep. 2

Mereka solat sunat 2 rakaat sebelum tidur. Kemudian, selepas solat Tareq memberi sedikit pengisian rohani sebagai muqadimah perhubungan hidup zauj-zaujah mereka untuk hari itu dan kemudiannya. Setelah itu, Tareq dan Auni berbual-bual dan berta'aruf tentang diri mereka..


Ahmed : Auni..
Auni : Ye Tareq..
Ahmed : Em, sebelum ni Auni ada suka dekat siapa2 tak? Maksud Tareq orang lelaki lah macam kawan2     Auni ke, tak kisahlah sama ada kawan kampus ke, kawan masa sekolah ke? Kire orang yang Auni admirer lah :)

Auni : Ada jugak, budak sekolah menengah dulu..kenapa Tareq?
Ahmed : Saja Tareq tanya..em, sekarang ingat lagi ke kat budak tu?
Auni : Haha..takde maknanya..itu dulu2 la Tareq, Auni usha2 dari jauh je..biasalah, terikut kawan2, diorang ada, kita pun nak ada tapi tak sampai ke mana pun, habis takat masa sekolah menengah tu je la .(Auni tergelak sambil memukul lembut dada Tareq). 

Auni melihat muka Tareq seperti ada yang tak kena. Tareq seakan memaksa dirinya ketawa. Tiba-tiba, Tareq memeluk Auni dengan santun, lalu Auni terkesima. Dan Tareq..

Tareq : Auni, Tareq minta maaf..(dirinya seakan menyesali sesuatu)
Auni : Errrr...kenapa ni Tareq? Kenapa minta maaf ni? Tareq takde buat salah apa pun la dengan Auni..(Auni cuba bertanya dengan lembutnya)
Tareq : Auni..bermula dari detik kita bernikah kelmarin, kemudian ketika Tareq memandang wajah zaujah Tareq ni (sambil meleraikan pelukan dan mengangkat wajah Auni dengan tangannya) , Tareq merasakan sesuatu yang indah menjalari tubuh badan Tareq. Serasanya, perasaan cinta dan rindu Tareq ini telah tumpah kepada pemiliknya..namun..(Tareq sayu untuk terus melafazkan kalimah seterusnya)..
Auni : (Auni terjebak sayu).. Tareq, taknak lah sayu2 macam ni..meh sini Auni peluk meh..(Auni seakan-akan melayan kerenah seorang budak-budak)..
Tareq : (Tareq terhibur,lalu tergelak) Haha, Auni ni pandai treat Tareq eh. Terima kasih sayang... :)
Auni : Ye Tareq, sayang diterima..Tareq nak cakap apa tadi sebenarnya?hihi (Auni malu-malu dengan ucapan 'sayang' dari Tareq tadi)
Tareq : Takpelah Auni, da lewat sangat ni..jom tidur ye sayang..:) (Sambil mengusap anak-anak rambut Auni dan mencium ubun-ubun Auni....) chuuuuuup!
Auni : Tareq ni! Auni segan...tapi..terima kasih kat Tareq sudi terima Auni...
Tareq : Tareq ni yang sebenarnya kena berterima kasih pada Auni sebab sudi jadi zaujah Tareq, insyaAllah zaujah dunia wal akhirah..hehe..sudi tak?
Auni : InsyaAllah Tareq, Tareq juga insyaAllah zauj dunia wal akhirah ;) (Auni mengenyitkan mata pada Tareq)..selamat malam zauji habibi :) 
Tareq : Selamat juga zaujati yang cute-mute ni (sambil Tareq mencubit comel pipi Auni)

Dalam hati Tareq....
Auni Sofea..
Seindah akhlakmu..
Aku mengkagumi dirimu..
Ingin aku sentiasa disisimu..
menjalani hidup tiada derita..
namun..
lumrah dari Allah..
setiap yang hidup pasti ada pancarobanya..

Dengan dirimu..
Semoga aku terus menjadi semakin beriman..
Melihat wajahmu..
semakin menguatkan aku dengan Rabbku..
namun..
maafkan aku...
cerita itu sentiasa bersiul lara di dalam jiwa..
seandainya kau tahu cerita itu..
adakah kau menerima atau terluka selamanya?

Auni Sofea...
Aku sayang kepadamu..
kerana Allah..

No comments: